Minggu, 07 Februari 2010

Etnik Tatar China Taruh Perhatian yang Tinggi terhadap Pendidikan

Etnik Tatar China Taruh Perhatian yang Tinggi terhadap Pendidikan agar Mewariskan Bahasa dan Budayanya. Etnik Tatar merupakan satu etnik minoriti yang beragama Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Jumlah penduduk etnik itu mencapai kira-kira 6 ribu orang dan merupakan salah satu etnik yang amat kecil daripada 55 etnik minoriti di China. Walau bagaimanapun jumlah penduduk etnik Tatar amat kecil, namun etnik telah mengekalkan bahasa dan kebudayaan sendiri. Etnik Tatar telah membasmi buta huraf. Keadaan ini diakibatkan etnik itu telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap pendidikan. Wartawan radio kami telah membuat liputan terhadap Ilyar, seorang warga emas etnik Tatar yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang pendidikan di bandar Yining Xinjiang.

Encik Ilyar kini berumur 72 tahun dan sekelarganya tinggal di bahagian utara bandar Yining. Semasa menyentuh tentang pendidikan keluarga etnik Tatar, Encik Ilyar berkata: "Walaupun tidak terdapat sekolah bahasa Tatar yang khusus pada masa sekarang, namun etnik kami telah dapat mewarisi bahasa dan kebudayaan sendiri. Pendidikan bagi penduduk etnik Tatar dimulakan dari keluarganya. Kanak-kanak etnik kami yang berumur 3 hingga 4 tahun boleh bertutur dan memahami bahasa Tatar walaupun mereka belum bersekolah."
Encik Ilyar berpendapat, etnik manapun harus memahami bahawa bahasa dan kebudayaan merupakan lambang bagi etnik itu. Setiap etnik harus mewarisi dengan baik bahasa dan kebudayaan sendiri. Encik Ilyar amat bangga dengan etniknya yang dapat mewarisi bahasa dan kebudayaan sendiri. Kesemua penduduk etnik Tatar boleh bercakap bahasa Tatar. Keadaan ini bekaitan erat dengan etnik itu yang amat mementingkan pendidikan dalam keluarga. Keluarga telah menyediakan suasana yang baik bagi kanak-kanak Tatar untuk mempelajari bahasa etnik itu.
Encik Ilyar berkahwin semasa berumur 50 tahun. Isterinya ialah seorang penduduk etnik Uzbek. Pada masa sekarang, mereka telah mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Walaupun isteri Encik Ilyar merupakan seorang penduduk etnik Uzbek, namun beliau pun fasih berbahasa Tatar. Encik Ilyar telah menuntut semua anggota keluarganya mempelajari bahasa Tatar.
Ilfira, anak perempuan Ilyar masih mengikuti pengajian di Fakulti Pentadbiran Pelancongan Universiti Xinjiang. Beliau memiliki bakat dalam bidang bahasa. Selain bahasa Tatar, Cik Ilfira juga fasih berbahasa Mandarin, Uygur, Kazak, Rusia dan Inggeris. Pada masa sekarang, beliau sedang mengikuti pengajian bahasa Jepun. Cik Ilfira menyatakan bahawa beliau mempelajari pelbagai jenis bahasa untuk bekerja sebagai pemandu pelancongan antarabangsa kelak. Ilfira berkata: "Semua jiran-jiran saya merupakan penduduk etnik Uygur dan mereka tidak fasih berbahasa Tatar. Namun ibu bapa saya menuntut saya untuk menggunakan bahasa Tatar di rumah. Semasa saya masih kecil, kalau saya bercakap dengan ibu bapa saya menggunakan bahasa Uygur, mereka tidak akan memperdulikan saya."
Encik Ilyar menyatakan bahawa penduduk etnik Tatar mementingkan pendidikan sejak turun-temurun. Terdapat satu pepatah yang berbunyi: dimana sahaja penduduk etnik Tatar yang tinggal, di situlah terdapat sekolah. Kalau tidak terdapat sekolah di kawasan itu, penduduk etnik Tatar akan menubuhkan sekolah. Selain itu, etnik Tatar mengamalkan kesamarataan antara kaum lekakai dengan kaum wanita dalam bidang pendidikan. Ahli pendidikan etnik Tatar yang terkenal, Encik Habudulah Bubin berpendapat bahawa ibu yang menjadi buta huruf tidak dapat mendidikkan anaknya untuk menjadi tenaga profesional yang cemerlang. Sekolah wanita yang pertama bagi etnik Tatar telah ditubuhkan pada tahun 1915, sekolah itu merupakan sekolah wanita yang ditubuhkan paling awal di Xinjiang China. Selain kanak-kanak perempuan etnik Tatar, sekolah itu juga menerima pelajar etnik Uygur dan Kazak.
Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Kebudayaan Etnik Tatar Bandar Yili, Encik Haizatula Ainiwar menyatakan bahawa kerajaan China telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap pembangunan etnik-etnik minoriti. Dasar tersebut telah menyediakan syarat yang baik bagi etnik Tatar untuk mewarisi bahasa dan kebudayaannya. Persatuannya telah menubuhkan kursus bahasa dan huruf Tatar bermula pada tahun 2002. Encik Haizatula Ainiwar berkata: "Kursus tersebut diadakan sempena cuti sekolah musim panas dan musim sejuk serta hari kebesaran Islam. Keadaan ini tidak akan menjejaskan pelajaran kanak-kanak di sekolah. Berdasarkan perlembagaan China, pelbagai etnik mempunyai hak untuk menggunakan bahasa dan huruf sendiri. Kami menyediakan kursus tersebut untuk mewariskan bahasa dan huruf etnik Tatar secara turun-temurun."
Peserta kursus tersebut termasuk warga emas yang telah berumur lebih 60 tahun hingga kanak-kanak yang baru berumur 6 hingga 7 tahun. Encik Haizatula Ainiwar menyatakan bahawa hanyalah ibu bapa yang berfasih bahasa dan mengetahui huruf etnik sendiri, kanak-kanak mereka baru boleh menguasai bahasa dan huruf itu.
Etnik Tatar berusaha untuk mewarisi bahasa dan kebudayaan sendiri telah mencapai hasil yang baik serta disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa. Pada bulan Februari 2003, Encik Ilyar telah melawat Tatarstan. Presiden Tatarstan, Shaeymiev amat kagum dengan Encik Ilyar yang begitu fasih dan mahir berbahasa Tatar. Beliau telah menyanjung tinggi etnik Tatar di China yang begitu berjaya untuk mewarisi bahasa dan kebudayaan sendiri. Presiden Shaeymiev telah mengundang pelajar-pelajar etnik Tatar untuk mengikuti pengajian tinggi di Tatarstan secara percuma. Pada tahun 2005, seramai 28 orang pelajar etnik Tatar termasuk Ildar, anak lelaki Ilyar telah dihantar ke Tatarstan untuk mengikuti pengajian tinggi, Perayaan Tenggala, hari kebesaran yang terpenting bagi etnik Tatar telah semakin terkenal di arena antarabangsa. Hari kebesaran itu tidak bercirikan keagamaan dan disambut pada 22 Jun tiap-tiap tahun. Semasa menyambut hari kebesaran itu, penduduk etnik Tatar akan berkumpul bersama-sama di kawasan yang pemandangannya indah. Mereka sambil menyanyi dan menari serta menjemput penduduk pelbagai etnik yang lain untuk merayakannya bersama-sama.
Encik Ilyar menyatakan bahawa Perayaan Tenggala telah menarik ramai pelancong dari negara asing. Beliau berkata: "Lima Negara di Asia Tengah dan negeri Tatarstan turut menghadiri hari kebesaran kami. Jumlah pelancong asing yang datang ke kawasan kami untuk menyambut bersama-sama hari kebesaran itu kian meningkat. Pada tahun ini, Presiden Tatarstan telah menghantar tiga orang wakilnya untuk menghadiri majlis sambutan hari kebesaran kami."

Penulis: Andika


Tidak ada komentar:

Posting Komentar