Minggu, 07 Februari 2010

Penduduk Etnik Kazak Hidup Bahagia

Etnik Kazak merupakan etnik nomad di bahagian utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Penduduk etnik Kazak yang menggembala berpindah-pindah secara turun-temurun. Namun pada tahun-tahun kebelakangan ini, semakin ramai penduduk etnik Kazak telah tinggal menetap.

Encik Adelhan merupakan seorang warga emas etnik Kazak. Beliau dan isterinya, Zuran serta empat orang anaknya tinggal di kampung Sakru, kawasan Altai. Kini, Encik Adelhan dan keluarganya tinggal dalam rumah dengan seluas lantainya 116 meter persegi, mereka hidup bahagia. Namun pada beberapa tahun yang lalu, mereka masih tinggal dalam yurt dan berpindah-pindah untuk mencari padang ternak. Encik Adelhan berkata: "Pada masa lampau, kami tinggal di padang ternak di puncak Gunung Altay sempena musim panas dan berhijrah ke Gunung Shawuer menjelang musim sejuk. Perjalanan berhijrah amat jauh, jumlah ternak agak besar dan anak kami masih kecil. Kehidupan kami amat susah. Kami menginap di sejenis yurt yang disebut "Huosi". Tidak terdapat bekalan eletrik dalam "Huosi", kami hanya menggunakan pelita. Yurt amat kecil dan nipis, kami mengalami kesejukan semasa menginap di yurt itu. Encik Adelhan berkata: "Sempena musim sejuk, cuaca di kawasan kami amat sejuk. Semasa dilanda ribut salji, beratus-ratus ekor ternak kami akan terkorban. Pada tahun 1980-an, kawasan kami telah dilanda ribut salji, separuh ternak kami telah mati dalam bencana tersebut."
Encik Adelhan dan 30 buah keluarga penggembala yang lain telah menggunakan kayu dan tanah untuk membina rumah di kawasan lembah antara Gunung Altay dengan Gunung Shawuer. Selain daya membanteras bencana rumah-rumah tersebut telah ditingkatkan, tahap kehidupan keluarga Adelhan dan rakan-rakannya masih rendah. Seiring dengan jumlah ternak yang meningkat kian pesat, padang ternakan telah mengalami masalah kehakisan tanah, rumput untuk ternakan telah tidak cukup.
Pada tahun 2005, kerajaan telah memulakan projek penempatan penggembala untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Kerajaan tempatan telah memperuntukkan sejumlah 23 juta yuan RMB untuk membina sebuah kampung baru. Kerajaan telah menyediakan pelbagai infrastruktur untuk kampung tersebut termasuk bekalan air minum, tenaga elektrik, jalan raya, telefon, TV, internet, klinik, kedai, sekolah dan lain-lain.
Namun penduduk etnik Kazak sudah biasa untuk hidup secara berpindah-pindah. Encik Jiger, pegawai di kampung tersebut berkata: "Penggembala telah berbiasa untuk hidup secara berpindah-pindah, mereka tidak ingin tinggal secara berkelompok di rumah yang tetap. Kerajaan telah menggalakkan penggembala untuk tinggal di kampung yang baru. Namun sama ada mereka tinggal di kampung itu atau tidak adalah sukarela. Zuran, isteri Encik Adelhan berkata: "Pada masa itu, kami tidak berbiasa untuk tinggal di rumah yang tetap. Pegawai di kampung kami telah memaklumkan bahawa kampung yang baru dibina telah disediakan pelbagai infrastruktur termasuk bekalan air minum, tenaga eletrik, jalan raya, hospital, sekolah dan lain-lain. Kami telah mencuba untuk berpindah ke kampung yang baru."
Setelah pindah ke rumah yang baru, keluarga Adelhan telah hidup bahagia. Selain boleh menelefon dan menonton TV, para penggembala juga akan memperoleh subsidi daripada kerajaan. Naib Pengarah kaunti Fuhai, Encik Jia Lin berkata: "Kerajaan pusat telah menyediakan subsidi sejumlah 20 ribu yuan RMB kepada penggembala membina rumah dan kandang ternak sendiri. Kerajaan tempatan pun menyediakan subsidi tambahan sejumlah 5 ribu yuan RMB kepada mereka. Oleh yang demikian, tiap-tiap keluarga penggembala akan memperoleh sejumlah 25 ribu yuan RMB subsidi daripada kerajaan."
Keluarga Encik Adelhan telah berpindah ke rumah yang selesa, mereka telah membina kandang ternak yang seluas 80 meter persegi. Kini, mereka tidak akan membimbangkan ribut salji. Selain itu, mereka telah memperoleh padang ternakan yang seluas 6 hektar dan padang penanaman rumput untuk ternakan yang seluas 4 hektar.
Kerajaan telah menyediakan latihan untuk menyampaikan pengetahuan tentang penternakan dan penanaman kepada penggembala. Setelah mengikuti latihan tersebut, jumlah pendapatan Encik Adelhan kian meningkat. Beliau berkata: "Saya telah menguasai banyak pengetahuan dalam latihan tersebut. Kini, saya memelihara lembu susu dan kambing yang bermutu tinggi. Jumlah pendapatan tahunan keluarga saya telah meningkat kepada lebih 50 ribu yuan RMB pada masa sekarang daripada beberapa ribu yuan RMB pada masa dahulu."
Infrastruktur termasuk hospital, sekolah, pusat kebudayaan dan lain-lain yang disediakan oleh kerajaan telah memudahkan penduduk di kampung tersebut. Encik Adelhan berkata: "Pada masa lampau, tidak terdapat klinik dan telefon di kampung kami, kalau ada penduduk jatuh sakit, dia susah nak jumpa doktor. Namun pada masa sekarang, klinik di kampung kami berhampiran dengan rumah kami, juga terdapat telefon di rumah. Pesakit agak mudah berjumpa dengan doktor."
Pada 3 tahun yang lalu, Encik Adelhan dan keluarganya telah menyertai sistem perubatan kerjasama. Kini, biaya perubatan mereka boleh ditanggung sebahagian oleh sistem tersebut.
Pada masa sekarang, semakin ramai penggembala secara sukarela berpindah untuk tinggal di kampung itu. Pada tahun yang lalu, hanya terdapat lebih 20 buah keluarga penggembala yang berpindah ke kampung baru. Namun pada tahun ini, jumlah tersebut telah meningkat kepada 80 buah. Terdapat lebih 8 ribu buah keluarga penggembala di kawasan Altai telah tinggal di rumah yang tetap di kampung baru, jumlah tersebut menduduki 30% daripada jumlah penduduk di seluruh kawasan itu.
Pengarah Jabatan Penternakan Altai, Encik Ren Zhenping berkata: "Kami akan menggalakkan penggembala untuk tinggal di rumah yang tetap. Selain itu, kami akan berusaha membaiki persekitaran ekologi dan meningkatkan jumlah pendapatan kaum penggembala.
Encik Adelhan telah menunjukkan sebuah jip yang baru beli.
"Pada tahun yang lalu, saya telah membeli sebuah jip dengan harganya lebih 20 ribu yuan RMB. Kini, kehidupan kami menjadi semakin bahagia."
-----Andika



Tidak ada komentar:

Posting Komentar