Minggu, 07 Februari 2010

Taraf Kehidupan Penduduk Etnik Kazak Meningkat Secara Besar-Besaran

Enik Kazak merupakan salah satu etnik nomad yang beragama Islam di China. Etnik itu berkaitan erat dengan kuda. Mereka menunggang kuda, makan daging kuda dan minum susu kuda. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, penduduk etnik Kazak di kaunti Guliu, Zhou Autonomi Kazak kawasan Yili Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China berusaha mengembangkan sektor pelancongan yang mengutamakan kuda, taraf kehidupan mereka semakin meningkat.

Wartawan kami telah mengziarahi sebuah rumah penduduk etnik Kazak di kawasan tersebut. Ualbay, seorang kawan tuan rumah tersebut merupakan seorang warga emas etnik Kazak. Beliau telah menyanyi lagu Aken (Aken merupakan sejenis kesenian kalangan rakyat yang paling unik bagi etnik Kazak) untuk mengucapkan selamat datang kepada wartawan kami.
Yurt merupakan sejenis rumah yang unik bagi penduduk etnik Kazak. Bentuknya seperti kemah dan ditempatkan di kawasan pergunungan. Tuan yurt itu, Encik Sahat menyatakan bahawa yurt itu disediakan untuk pelancong. Kalau tiada pelancong, keluarganya juga tinggal di sini. Ditinjau dari perhiasan dalam yurt itu, taraf kehidupan tuan rumah amat lumayan. Encik Sahat menyatakan bahawa beliau telah menceburkan diri dalam sektor pelancongan selama 5 tahun. Beliau berkata: "Saya mula bekerja dalam sektor pelancongan pada tahun 2001. Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, hampir semua penduduk etnik Kazak tinggal dalam yurt. Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, kami telah membina rumah yang tetap di kaki gunung. Kini, kami bekerja dalam bidang pertanian di rumah sekarang. Sempena musim pelancongan, kami tinggal di yurt di lereng gunung.
Kawasan pergunungan Kuerdening di bahagian timur kaunti Guliu mempunyai padang rumput dan sumber pelancongan yang baik. Kerajaan tempatan telah menetapkan penternakan dan penggembalaan serta sektor pelancongan sebagai usaha dalam pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Pegawai kerajaan kawasan itu, Encik Nasihat berkata: "Kami berusaha mengembangkan ekonomi di kawasan kami melalui industri penternakan dan penggembalaan serta sektor pelancongan agar meningkatkan taraf kehidupan penduduk pelbagai etnik. Kami amat mementingkan kualiti ternakan. Selain itu, kami berusaha untuk membantu penduduk di kawasan ini bekerja dalam sektor pelancongan."
Sahat merupakan penggembala yang paling awal bekerja dalam sektor pelancongan di kawasan tersebut. Kejayaan beliau dalam sektor tersebut telah menggalakkan lebih ramai kaum tani dan penggembala di kawasan itu telah menceburkan diri dalam sektor tersebut. Terdapat beberapa orang saudara mara Encik Sahat telah ikut serta dalam sektor itu. Encik Nasihat menyatakan bahawa taraf kehidupan penduduk di kawasan itu telah meningkat secara besar-besaran pada tahun-tahun kebelakangan ini. Jumlah pendapatan mereka telah meingkat beberapa kali ganda berbanding lebih 10 tahun yang lalu.
Menyentuh tentang mula-mula bekerja dalam sektor pelancongan, Encik Sahat bertaka, pada masa itu, saya kurang memahmi tentang sektor pelancongan. Namun saya dimaklumkan bahawa taraf kehidupan penduduk di kawasan yang lain telah ditingkatkan setelah mereka menceburkan diri dalam sektor tersebut. Saya telah mula berniaga dalam sektor pelancongan dengan sokongan kerajaan. Jumlah pendapatan saya telah meningkat secara besar-besaran. Encik Sahat berkata: "Pada masa dahulu, saya memelihara seratus hingga dua ratus ekor kambing, namun jumlah pendapatan setahun saya tidak mencapai 10 ribu yuan RMB. Setelah bekerja dalam sektor pelancongan, jumlah pendapatan saya dalam tempoh 4 hingga 5 bulan telah mencapai lebih 20 ribu yuan RMB. Setelah berniaga dalam sektor pelancongan, pandangan saya semakin meluas dan fikiran saya turut lebih terbuka."
Encik Sahat telah menaruh lebih banyak perhatian terhadap sektor pelancongan. Beliau telah membina yurt yang dihiasi dengan sulaman dan karpet Kazak yang unik dan cantik agar pelancong tertarik dan menikmati dengan tempat penginapan mereka. Beliau telah menyediakan beberapa helai baju etnik Kazak agar pelancong memakai baju tersebut untuk bergambar. Encik Sahat menyatakan bahawa kos pembinaan yurt tersebut mencapai lebih 10 ribu yuan RMB. Beliau memiliki dua buah yurt dan kos pembinaannya adalah pendapatan daripada sektor pelancongan.
Dalam tempoh 5 tahun ini, Encik Sahat telah mengumpulkan banyak pengalaman untuk bekerja dalam sektor pelancongan. Beliau telah menyediakan pelbagai acara yang menarik bagi pelancong termasuk menunggang kuda Kazak, minum susu kuda dan memakan daging kuda. acara-acara tersebut telah menunjukkan kebudayaan yang istimewa etnik Kazak. Encik Ualbat berkata: "Sebelum kami bekerja dalam sektor pelancongan, makanan penghasilan kuda termasuk susu kuda, daging kua dan lain-lain adalah makanan yang biasa. Setelah kami mula menceburkan diri dalam sektor tersebut, kami telah menjual makanan penghasilan kuda kepada pelancong dan menyewa kuda untuk dinaiki oleh mereka. Kuda merupakan sumber pendapatan kami.
Encik Sahat amat bijaksana untuk berniaga. Beliau berpendapat bahawa makanan yang lazat amat penting untuk menarik pelancong. Encik Sahat telah menghantar cucunya ke bandar Yili untuk mengikuti pengajian tukang masak selama 3 tahun. Beliau berkata: "Kawasan kami memerlukan ramai tukang masak setelah menjadi destinasi pelancongan. Selain menikmati makanan tempatan yang istimewa daripada etnik Kazak, mereka juga ingin memakan makanan dari bandar. Kami harus menyediakan perkhidmatan tersebut."
Seiring dengan peningkatan taraf kehidupan, Encik Sahat telah membeli dua buah motor dan semua anggota keluarganya telah menggunakan telefon bimbit. Beliau berkata: "Setelah menggunakan telefon bimbit, komunikasi antara kami dengan pelancong menjadi lebih mudah. Mereka boleh menelefon kami untuk menempah tempat penginapan dan makanan.
------Andika



Tidak ada komentar:

Posting Komentar