Minggu, 07 Februari 2010

Maliya Mati, Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China Etnik Kirgiz dari Dataran Tinggi Pamir

Daripada 2987 orang wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China yang sedang menyertai sidang di Beijing, Maliya Mati adalah perwakilan yang paling jauh datang ke ibu negara. Beliau bertolak dari kampung halamannya di daerah autonomi Kirgiz Kezilesu Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang untuk menyertai sidang itu dengan menaiki bas dan kapal terbang. Perjalanannya sejauh lebih 5000 kilometer.

Beliau merupakan satu-satunya wakil etnik Kirgiz yang menyertai Kongres Rakyat Kebangsaan China. Etnik Kirgiz merupakan salah satu daripada 10 etnik yang beragama Islam di China. Etnik itu tinggal di Dataran Tinggi Pamir, dengan penduduk mencatat lebih 160 ribu orang. Menurut Undang-undang Pemilihan China, etnik Kirgiz layak mengemukakan seorang wakil untuk menyertai sidang tersebut, dan Maliya, yang berumur 37 tahun terpilih menyandang jawatan tersebut.
Setelah bersarapan pagi, Maliya Mati segera bersiap untuk menyampaikan ucapan dalam sidang itu. Beliau dengan penuh yakin melangkah masuk ke dewan persidangan
Dalam umur yang masih muda, Maliya Mati sudah lama menyandang jawatan sebagai Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China. Pada tahun 2003, ketika baru berumur 32 tahun, beliau merupakan seorang pegawai peringkat kampung, semasa dilantik menyandang jawatan itu.
Sempena Hari Wanita Sedunia tahun 2006, Perdana Menteri Wen Jiabao mengziarahi delegasi Xinjiang yang menyertai Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10. Setelah mendengar ucapan daripada lebih 10 orang wakil, Wen Jiabao memberi cadangan agar salah seorang pegawai peringkat kampung dijemput untuk menyampaikan ucapan. Setelah membaca senarai nama delegasi itu, Wen Jiabao menyebut nama Maliya Mati. Maliya merasa amat gembira dan terharu mendapat peluang yang begitu berharga. Beliau berkata: "Saya mengambil peluang itu dan memberi cadangan kepada Perdana Menteri Wen Jiabao untuk menyediakan jaminan kehidupan asas kepada kaum tani dan kaum nomad di kawasan terpencil seperti juga penduduk di bandar dan pekan. Beliau telah menerima cadangan itu dan memasukannya ke dalam laporan kerja kerajaan tahun kemudiannya. Menurut laporan kerja tersebut, sistem jaminan kehidupan asas akan dikuatkuasakan di seluruh kawasan desa China."
Kampung halaman Maliya Mati turut menjadi kawasan yang paling awal menikmati sistem tersebut. Kini, sistem itu telah diperkenalkan di bahagian tengah dan barat China. Tidak lama lagi, sistem itu akan diperkenalkan ke seluruh kawasan desa.
Bermula pada tahun 2003 hingga tahun 2007, Maliya Mati telah mengemukakan lebih 50 cadangan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan China. Badan kerajaan yang terlibat dalam cadangan beliau sedang berusaha bersungguh-sungguh menangani cadangan tersebut. Selain itu, beliau telah secara langsung mengemukakan 7 buah cadangan kepada pemimpin negara, 4 daripadanya telah diselesaikan. Maliya seorang yang dedikasi dan cemerlang semasa menyandang jawatan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan berturut-turut selama 5 tahun. Pada tahun ini, beliau sekali lagi dipilih menyandang jawatan tersebut.
Agenda Maliya Mati pada hari ini amat padat. Beliau akan menyertai perbincangan delegasi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada waktu pagi dan sidang pleno delegasi itu untuk membahas laporan kerja kerajaan pada waktu petang. Pada waktu malam, Maliya Mati akan mengadakan perbincangan dengan wakil pelbagai delegasi yang lain agar mendapat persetujuan 30 orang ahli untuk menurunkan tanda tangan pada cadangannya, lagi dikemukakan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan.
Sebagai seorang pegawai wanita etnik minoriti, Maliya Mati memberi cadangan kepada kerajaan supaya memberi perhatian yang lebih untuk melahirkan lebih ramai pegawai di kalangan etnik minoriti, khususnya pegawai wanita. Beliau berkata: "Pegawai etnik minoriti, khususnya wanita etnik sangat kurang di kampung halaman saya. Kerajaan dirahap berusaha melahirkan pegawai etnik minoriti yang berpendidikan tinggi, agar mereka mengetuai kaum tani dan kaum nomad supaya bekerja rajin dan mencipta masa depan yang lebih cerah."
Maliya berkata, dalam tempoh 5 tahun akan datang, beliau akan menjalankan tugasnya dengan baik sebagai wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dan memberi sumbangan yang lebih besar terhadap pembangunan negara dan etnik. Katanya: "Saya amat gembira dengan tugas saya untuk mengemukakan masalah kehidupan rakyat kepada pemimpin tertinggi supaya menarik perhatian mereka lalu menyelesaikan masalah tersebut. Kerja saya dapat membantu rakan-rakan sekampung untuk mengatasi kemiskinan dan menikmati kehidupan lebih selesa pada masa depan.

Penulis:Andika



Tidak ada komentar:

Posting Komentar